Sunday, March 16, 2008

Sedih......

Assalam...

Ana sedih sbb ari nie balik asrama .6 munggu plak tu .Sabar jelah .
Ana nak rekemen site baru ,iluvislam.com.Mmmmm best tau .Banyak info tntg islam n isu semasa .Kalau berkesempatan ,lyarilah dan hayati manfaatnya .

Saturday, March 8, 2008

Coretan

Wah ,dah lama tak post kat blog ni .yelah sebulan duduk kat asrama .Rindu ana dekat blog ni.Tahun ini ,Insya Allah ana akan ambil PMR .Mmm...berdebar rasanya.Tapi awal tahun ni ,just nak kutip markah kokurikulum dulu Try jadi wakil sekolah dalam apa apa acara .
Brau -baru ni ,ana ada baca dalam buku muzakiratul muslimah .Ada menyatakan tentang manusia yg dikutuk oleh Allah dan Rasul ;

@Org yg menambah -nambah maksud al-Qoran(takwil yg menyimpang)
@Org yg mendustakan kepada takdir Allah S.W.T.
@Org gyg berkuasa tapi takbur,dia memuliakan org yg dihina Allah ,sebaliknya menghinakan org yg dimuliai Allah .
@Org yg menghalalkan seuatu yg tlh diharamkan Allah di tanah Haram .
@Org yg dari umatku ,yg menghalalkan sesuatu yg tlh diharamkan Allah .
@Org -org dari umatku yg meniggalkan sunahku .

Wednesday, February 6, 2008

Nasihat Buat Teman .

Atas tautan ukhuwah
dan atas dasar yg kukuh
Aku melayangkan warkah ini
buatmu teman

Wahai teman an nisa
Engkau sedia maklum
Engkaulah hiasan dunia
serigkali menjadi fitnah lelaki
dan sememangnya itu bukan salahmu.
Tapi itulah hakikat
kejadianmu.

Wahai teman ar rijal
Aku mengetahui kesepian
hati seorg lelaki yg seringkali
mengimpikan teman di sisi
dan tentulah teman yg diimpi
tentulah seorg serikandi

Tetapi ketahuilah temanku an nisa
bercinta itu fitrah
Tapi jgn kau cemari
dgn fitnah
Kalau kau mengasihinya
kasihlah kerana Pencipta Fitrah
dan jika benar engkau mengasihinya
keranaNYA
kau x kan bjsa
melunakkan soutulmu
kau x kan bisa
melemparkan panahan menggoda
kerana kau tahu
itu bisa menggoyahkan iman seorg rijal
dan kau tahu
dia punya 9 akal dan 1 nafsu

Wahai teman ar rijal
andai kau mencintainya
Cintailah dia keranaNYA
Letakkanlah IA melebihi cintamu padanya
Andai kau mengasihinya keranaNYA
Engkau x kan bisa
mengajaknya bermukah
di taman yg sepi
Kerana kau tahu
Dia punya 9 nafsu dan 1 akal
Tapi manakan mungkin 1 akal
menguasai 9 nafsu
Andai kau mengasihinya keranaNYA
Engkau x kan bisa
menyentuhnya
Walaupun yg ringan2
Kerana kau tahu
itu sudah MENGHAMPIRI ZINA
dan kau tahu bukan ?
Zina tempatnya di api neraka
Apakah engkau benar mengasihinya
Andai kau relakan dia terjun ke NERAKANYA ?

Sahabatku an ntsa
Sahabatku ar rijal
Pesanan ikhlas buatmu LILLAH
Kerana aku mengasihimu
Manusia mana yg mampu
hidup tanpa cinta ?
Bercinta x salah
tapi letakkan cintamu
pada NYA Yg Hakiki
Andai Dia yg kau dahului
Engkau x kan gelisah
andai dia x mengirim sebarang sms
andai suaranya x didengar
mahupun teknologi di depan mata
Engkau x kan rindu
andai sehari x bersua
Engkau x kan bersedih
andai dia lupa
mengatakan I luv U
Kerna kau percaya
Dia Yg Terbaik.

>soutul :suara

Sunday, January 20, 2008

Hiburan Islam

Ana baru saja mendengar sebuah nasyid kumpulan Far east dengan tajuknya Menanti di barzakh .Sebuah lagu yang bukan saja dapat menyentuh hati ana ,bahkan antum semua Insya _Allah.Lagu tersebut megingatkan kita tentang kematian yang kita bakal hadapi suatu masa nanti.
Lagu Atas nama cinta dari kumpulan nasyid UNIC mengingatkan ana tentang kemuliaan cinta pada_Nya .Cinta pada_Nya lebih agung daripada cinta akan manusia dan harta yang akan ditinggalkan di saatnya maut menjelma .Kata pepatah ,cintakan bunga akan layu ,cinta manusia akan mati ,cintakan Allah kekal abadi .Itulah cinta sejati.

Saturday, January 19, 2008

halawatul iman

Kemanisan iman bermula dari kekhusyukan beribadah .Khusyuk datangnya dari hati dengan izin Allah .Sesungguhnya bukan mudah untuk mendapatkan kekhusyukan dalam solat ,kecuali bagi orang yang mengetahui .
Orang yang paling pandai di dunia ini adalah orang yang sentiasa mengingati kematian .Sesungguhnya ,malaikat maut menjenguk kita 70 kali dalam sehari .Maka ,Izrail berasa hairan apabila manusia masih tergelak _gelak sedangkan maut hampir menjelang tiba .Begitulah manusia seringkali lupa .Kerna itulah Allah telah menurunkan surah Al_Asr ,yang bermaksud :Demi masa .Sesungguhnya manusia dalam kerugian .Kecuali mereka yang berpesan dengan kebaikan dan berpesan dengan kebenaran .